Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2014

Tangani Migrain dengan Shaklee


SAKIT KEPALA - MIGRAIN

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.


Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain

~Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain

~Pemakanan yang tidak seimbang 

~Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)

~Bunyi dan bau kuat.

~Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.

~Tekanan emosi atau stress

~Merokok  

~Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)

~Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.

Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.


Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  


Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.


Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.


Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:


☆ Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
~Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

~Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

~Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


☆B Complex

~Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

~Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

~Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 




Cegah Buasir Dengan Cadangan Set Buasir Dari Produk Shaklee


Cegah Buasir Dengan Cadangan Set Buasir dari Shaklee

Assalamualaikum...

Tanda-tanda buasir
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

Jenis-jenis Buasir 

Buasir Dalaman 
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najissemasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. 

Buasir Luaran 
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Cara merawat Buasir 
Anda boleh amalkan Set buasir shaklee seperti dibawah ini.



Fungsi-fungsi set buasir :
1. Ostematrix - bantu untuk kurangkan sembelit. Lancarkan pembungan air besar. Beri keselesaan pada jika ada luka di dubur 
2. Zinc Complex - sesuai bagi pesakit buasir yang serius , keluar darah semasa pembuangan air besar sebab zinc dapat sembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat 
3. Omega Guard - untuk sendi & usus. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat tekanan otot dubur ke atas bengkak & omega guard bantu untuk kecutkan bengkak tersebut.  
  
Cara pengambilan set buasir shaklee :
Ostematrix makan 4 biji sebelum tidur Zinc makan 1 biji before breakfast Omega guard 1 biji makan after lunch 
* Ostematrix boleh digantikan dengan alfalfa bagi fungsi melancarkan pembuangan air. Cara makan alfalfa set buasir ialah after lunch atau after dinner.  





Sabtu, 5 Julai 2014

Ostematrix Sembuhkan Sakit Tumit DiKaki




Anda rasa tumit anda sakit... seakan mencucuk-cucuk?? Rasa tak selesakan... 

Sakit tumit ni adalah  salah satunya sebab kekurangan kalsium. Dan kalau dah sampai tahap mencucuk cucuk di tumit tu, tanda awal OSTEOPOROSIS.

Sebelum ianya merebak... anda boleh dapatkan Ostematrix dimana2 je.. di agen Shaklee berhampiran tempat anda atau boleh dapatkan terus dengan saya... 

hanya telan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. In Shaa Allah berkesan.

Testimoni Ostematrix


Sabtu, 24 Mei 2014

CADANGAN SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE

Cadangan Set Kesihatan Sendi Shaklee


Cadangan Set kesihatan sendi Shaklee ni..rata2 yang cari mesti untuk mak atau ayah kat kampong...Alhamdulillah.Saya bangga bila ada anak2 yang sanggup berkorban wang ringgit untuk meringankan kesakitan ibubapa mereka. Sape tak sayang mak ayah kan...Ok bagi yang mengalami sakit sendi kat lutut ke, tulang belakang yang mana ada sendi2 tu...elok la cuba set ni...paling kurang boleh cuba Advance Joint Health tablet dulu. Lagi bagus ambil 1 set la kan.. boleh baca ringkasan fungsi setiap supplement dalam set ni kat bawah..Kalau rasa berkenan dihati boleh hubungi saya pada nombor tertera..Harga pasti terbaik untuk uolls. 
  
●Advance Joint Health Tablet
Menyokong keselesaan sendi : Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan
Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
Memeliharan tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese dan vitamin C merupakan nutrian penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

●Omega Guard
Pengambilan Omega akan mengurangkan radang pada sendi. Selain itu pengambilan omega juga mengurangkan risiko sakit Parkinson

●Ostematrix
 Vitamin kalsiuam yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan symptom osteoporosis. Pengambilan kalsium secara konsiten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikkan kulit serta melegakan pengecutan







OSTEMATRIX SHAKLEE

OSTEMATRIX ialah:

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian . termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX
● Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
●Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
●Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
●Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dngan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
●Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien Dan merangsang detoksifikasi.
●Memperbaiki hiperiktiviti perut dan sakit gastrik.
●Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
●Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang mendapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
●Zinc boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

BAGAIMANA memilih kalsium premium:
■Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
■Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. ■Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.






Ahad, 11 Mei 2014

Rawatan gastrik dengan Shaklee



Apa Tanda Anda Menghidap Gastrik?
Menurut Tuan Haji Lokman dari pusat rawatan Al Hidayah ramai pesakit gastrik tidak menunjukkan tanda tanda mengalaminya diperingkat awal. 

Kerosakan pada dinding perut disebabkan asid perut menyebabkan gastrik. Kenapa? Bila kita skip makan, dinding perut akan mula terhakis. Antara tanda tanda awal yang memberikan petunjuk anda mempunyai gastrik

●Sakit perut
●Hilang selera makan
●Rasa loya 
●Muntah-muntah.
Kalau kawan kawan tak buat sebarang rawatan, penyakit gastrik akan semakin teruk dengan adanya ulser diperut. Cuba bayangkan, ulser dimulut pun sakit, apa lagi didalam perut? 

Tanda gastrik anda semakin kronik ialah

■Pendarahan di dinding perut
■Pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam Muntah darah.
Kalau anda mempunyai tanda tanda diatas, dapatkan rawatan hospital atau pergi ke klinik segera. 

♡♡Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Gastrik

《Sekali lagi nak ingatkan, produk Shaklee bukan ubat, dan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Apa yang dicadangkan ini akan memberikan zat zat yang diperlukan badan untuk beroperasi dengan lebih baik. Bila khasiat cukup, badan mula menyembuhkan dirinya sendiri.》

Antara produk shaklee yang sesuai untuk pesakit gastrik ialah
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Asid dalam perut yang menyebabkan ulser akan bertindakbalas dengan ESP yang dibuat dari soya. Sifat soya berlawan dengan asid kerana ia adalah alkali. Ini akan mengurangkan kesan asid tu.

Lagi terbaik, ESP akan bekalkan badan dengan 20 jenis asid amino untuk membina sel baru dan menggantikan tisu rosak didinding perut semasa penghadaman. Jadi sekarang badan kita a
da bekalan bahan mentah untuk pemulihan luka dalam perut menyebabkan gastrik.

Kita juga akan rasa lebih kenyang. Kalau kawan kawan nak tahu lebih lanjut tentang cara makan ESP untuk gastrik.

2. Ostematrix

Ostematrix mengandungi Kalsium yang bersifat alkali. Sama macam makan ESP, kesan asid akan berkurangan. Tapi kalau tanya Mazni, prefer makan Energizing Soy Protein sebab memang rasa kenyang.

3. Vitamin B Complex

Selalunya pesakit gastrik akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit. Ubat ni kalau digunakan dalam jangka masa panjang ada kesan sampingan. Contoh ubat tahan sakit yang biasa kita dengar ialah PONSTAN.

Menurut Dr Zubaidi, kesan mengambilnya berterusan untuk masa yang lama akan menyebabkan keradangan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan besar. Belum cerita kesan pada kulit dan buah pinggang. Ngeri.

Jadi cara lain nak kurangkan sakit boleh makan vitamin B complex. Ada manfaat untuk membantu melegakan ketengangan (stress). Bila kita stress, antibodi badan akan lemah.

Kalau boleh jangan bergantung harap sangat pada ubat ubatan. Produk Shaklee bukan ubatan ya, ia makanan tambahan.

4. Peppermint Ginger Plus

Produk Shaklee ini membantu melegakan rasa tak selesa disebabkan oleh masalah penghadaman. Antara bahan bahannya ialah halia dan pudina. 

Untuk kesan yang lebih menyegarkan, boleh hancurkan tablet kepada bentuk serbuk dan reneh dalam air panas untuk menjadi minuman berherba. Berangin dan nyaman je rasanya.




Sabtu, 10 Mei 2014

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee -
Kalsium terbaik untuk anda! 

 Assalamualaikum wbt "Sakit lutut waktu nak solat dah tkde dah" "Alhamdulillah, dulu sakit pinggang saya teruk. Lepas seminggu dua, dah pulih" "Kalau dulu time pregnant, sakit belakang, sekarang lepas amik Ostematrix, dah kurang sakit" Ini adalah antara testimonial paling kerap didengar dikalangan pelanggan yang mencuba Ostematrix. Mereka berpuas hati dan terus menggunakannya.

 Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee? 
 ●Ibu mengandung 
●Ibu yang menyusukan anak 
●Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya) 
●Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu 
●Warga tua 
●Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian 
●Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput 
●Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome) Manfaat utama Ostematrix Shaklee: ¤ Menguatkan tulang: Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf.

 Kalisum juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat. 
 ¤ Memperbaiki kekejangan dan kebas:Pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis ¤Meringankan stress: Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam     ¤ Memperbaiki masalah haid: Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit seaktu haid dan me mbantu membuang air kecil. 
 ¤ Pengalkalian tubuh: Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
 ¤ Membantu masalah penyakit ricket: Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. 
 ¤ Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga: Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita. 
 ¤ Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot: Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...