Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Bilangan Sperma Pengaruhi Peluang Untuk Hamil

Soalan
Saya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini?



Jawapan

Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik.

Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi.

Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah.


Kitaran haid 28Hari

Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur.

Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing.

Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari,

tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.

Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita.

Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.

Anda berdua perlu bersegera berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian bagi mendapatkan zuriat. Selain itu anda bolehlah mencuba cadangan Set Kesuburan  Ini.... InshaAllah




Petikan Artikel dari Utusan Online - Kesihatan





Rabu, 24 Disember 2014

#KelasOnline - Vitamin E Untuk Kesuburan Dan Vitamin Cinta By Master Anida

Kelas Online
Vitamin E Untuk Kesuburan & Vitamin Cinta
by MasterAnida
23 Disember 2014
9.00 malam Hingga 10.00 malam




Perkongsian dari Master Anida yang bertajuk VITAMIN E untuk KESUBURAN dan VITAMIN CINTA... Tajuk yang meletop, hot & sensasi...ehehehe.... tersangatlah teruja kami mendengarnya. Kelas patut habis pukul 10 malam tapi hampir 12 malam baru habis... semangatkan kami. Anda yang inginkan cahaya mata, patut baca entry fza kali ni. Fza memang nak share ngan anda semua apa yang fza dapat malam tu... jom mulakan kelas......study baik-baik ye...
PENTING UNTUK ANDA YANG INGINKAN ZURIAT....


Tahukah Anda apa makna KESUBURAN?
  • KESUBURAN adalah kebolehan melahirkan zuriat. Jadi parents. So, nk tahu kita subur ke tidak, tunggu bila dh kahwin & jadi mak ayah, ada anak, itu bermakna kita suami isteri subur.


Selalunya masalah KESUBURAN biasanya mesti orang tuding jari kat wanita kan?
Mungkin sebab isteri yang bawa baby. Jadi isteri yang kena kata TIDAK SUBUR andai kalau isteri tak pregnant2 lagi. Kesian si isteri sedangkan punca KETIDAKSUBURAN ini bukan berpunca dari isteri sahaja tetapi dari banyak faktor.

Mengikut dari Google, % sama je suami & isteri yg menyumbang kpd ketidaksuburan. Cuba anda lihat carta dibawah. 


Peratus tidak subur si Isteri & Suami sama sahaja 30%

Biasanya apa masalah yg menyumbang kpd ketidaksuburan?
Jawapan dari rakan kami :-
Punca Penyebab Masalah Kesuburan
  • Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma. 
  • Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
  • Pemakanan, stress, rokok tu faktor yg menyumbang. 

Masalah kesuburan wanita?
  • Gangguan pada telur
  • Tiub fallopio tersumbat
  • Endometriosis
  • Masalah pada rahim

Masalah kesuburan lelaki?
  • Sperma tak matang
  • Gangguan pada pergerakan  sperma

Vitamin E ni siapa yang bagus makan? 
SUAMI atau ISTERI?
  • Vitamin E untuk kesuburan memang lagi bagus utk LELAKI.

Kalau kita tengok point kat atas tadi faktor yg menyebabkan ketidaksuburan lelaki ialah masalah SPERMA kan? Anda tahu tak sperma normal bentuknya macam mana?

Nilah bentuk sperma yang normal,


Kenali Sperma
Bentuk seakan Berudu, ada kepala dan berekor, kepalanya tidaklah besar, ekor pula tak bergulung. Selain itu kepalanya mesti 1 taknak  ada 2 kepala ye.


Sebab itulah Vitamin E  ni sangat2 membantu untuk kesuburan lelaki. Vitamin E ni untuk lelaki kerana
Vitamin E dapat membantu menghasilkan sperma yang sihat dan membantu pergerakan sperma. Selain itu, Vitamin E juga membantu melindungi sperma dari cepat rosak.


Untuk wanita pula, ia membantu menaikkan nafsu. Tetapi wanita yang nak pregnant tak digalakkan ambil Vitamin E kerana kandungan dalam Vitamin E boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana Vitamin E tinggi Antioksida. Sebelum pregnant boleh ambil Vitamin E kerana ia membantu melindungi kita dari keguguran. So bila tahu kita pregnant, lebih baik kita stopkan Vitamin E.


Kenapa biji anggur sangat berkait rapat dgn lelaki?
  • Boleh pekatkn air mani serta banyakkan sperma

Cuba perhatikan biji anggur dibawah, ia menyerupai apa ya?

  • Seperti testis lelaki kan..
  • Sebab tu biji anggur ni digunakn utk kesuburan lelaki. 
  • Bentuk dia pun Allah dah jadikan rupa yg sama. 


Fungsi Vitamin E untuk Kesuburan:-

Fungsi Vitamin E

Apa fungsi Selenium dalam Vitamin E?
  • Selenium dalam vitamin E sangat penting dalam pembentukan sperma yang sempurna. Kekurangan selenium menyebabkan penghasilan sperma yang ekornya cepat putus. Kajian juga menunjukkan dgn pengambilan selenium bilangan sperma bertambah 2 kali ganda.
Nota : Ekor cepat putus memang dah tak boleh berenang masuk dalam tiub fallopio.


Antara fungsi SELENIUM


Fungsi Selenium dalam Bahasa Inggeris, Anda Boleh translate dalam Bahasa Melayu kalau tak faham ya.

Testimoni Customer Shaklee:
Salah seorang suami customer yg mkn Vitamin E, dia cakap lambat pancut.
Si isteri merasa puas. bahagiakan!! ehehe


Gambar dibawah pula keadaan sperma if mkn vitamin E


Bentuk Sperma sebelum makan Vitamin E
Selepas makan Vitamin E, hasilnya:
  • Sperma bertambah
  • Bentuk sempurna (tidak 2 kepala)
  • Pergerakan sperma tak melenggang kangkung

Selain VITAMIN E, apa lagi yang terkandung dalam SET KESUBURAN lelaki?



Set kesuburan selain dari Vitamin E
Zink Complex
  • Merupakan mineral penting utk menambahkan bilangan sperma yang berkualiti dan berfungsi. Ikut logik, Peluang utk hamil tinggi sbb berjuta2 sperma yang sihat berenang mencari telur.

GLA Complex
  • Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur
  • Menghasilkan mukus serviks yg berkualiti dan banyak. Mukus yg bkualiti membantu sperma berenang terus ke uterus.
  • Menguatkn plasenta dan mewujudkan persekitaran yg baik utk telur disenyawakan
Nota :
GLA boleh consume once dh period
Sbb dia bantu utk hormon dan kulit. Bila dah period hormon berubah.
Sbb dia memang fungsi utk hormon wanita.


B Complex
  •  Membantu mengurangkan stress yang mana boleh menganggu proses persenyawaan.
  • Asic folic dlm B Complex penting utk mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan pd bayi.


Alfalfa Complex
  • Alfalfa sememangnya dikenali sbg kacip fatimah moden. Juga membantu mengurangkan angin dlm badan. Org kata kalau banyak angin susah nak pregnant
  • Alfalfa juga membantu menyelesaikan masalah keputihan. Keputihan mengganggu persenyawaan dan kehadiran keputihan juga dapat merosakkan sperma.


Suplemen yang lain yang boleh membantu KESUBURAN

Coq Health
  • Membantu pergerakan sperma dan melindungi sperma dari rosak. Dan memanjangkan jangka hayat sperma
  • Utk lelaki yg merokok sangat digalakkan ambil COQ. Sebab orang merokok ni memang sperma dia lemah & mudah kena mati pucuk.

Contohnya 7hb waktu isteri subur. Tp 1hb dia dah buat dah. Tp sperma yang sihat & berkualiti mampu hidup hingga ke waktu subur utk mensenyawakan ovum.
Waktu subur setiap org lain2.

Nak kira waktu subur boleh klik link ni Kiraan Waktu Subur

Nota :
Ovum kita 1 je setiap bulan yang keluar
So memang bergantung pada kuantiti & kualiti sperma merebut utk mensenyawakan ovum
Sperma boleh hidup sehingga 7 hari


Antara makanan yang kaya dengan Selenium





Vitamin CINTA dan Fungsinya


Fungsi Vitamin Cinta - Vitamin E & Alfalfa
Apa VITAMIN CINTA ni?
  • Untuk kembalikan kehangatan seperti malam pertama
  • Vitamin untuk suami & isteri

Vitamin ape yg mengembalikan malam pertama tu?
  • Vitamin E dan Alfalfa Complex

Penting:
VITAMIN E ibarat TONGKAT ALI 💪
ALFALFA ibarat KACIP FATIMAH 👸
Keduanya ibarat JAMU MODEN



Doa untuk dapatkan zuriat





Amalan zikir untuk mendapatkan zuriat
Amalkn sentiasa. 
Niat dalam hati moga Allah membentuk zuriat dalam rahim kita.




Alhamdulillah..
Selesai sudah. Moga ilmu yang dishare Master Anida ni, kita manfaat bersama ya.





Ahad, 7 Disember 2014

#KelasOnline - Resdung Bukan Perkara Biasa By Master Sue Hasan

Kelas Online
Resdung Bukan Perkara Biasa
By Master Sue Hasan
6 Dis 2014
9.00 - 10.00 malam


Tajuk yg Master Sue Hasan kongsikan cukup-cukup menakutkan sungguh. " RESDUNG BUKAN PERKARA BIASA" rupanya Resdung ni semua orang ada, cuma ada yg teruk ada jugak yg biasa-biasa je ikut kita le pandai kawal ataupun tidak. Sekiranya kita tak jaga boleh mengakibatkan barah sehingga meyebabkan kematian. Sanggup ke kita...............................bersedia kah kita???



DEFINISI RESDUNG:

ISTILAH TRADISIONAL
- Kerengsaan hidung yang menyebabkan hidung dan rongga-rongga lain gatal

ISTILAH SAINTIFIK
- Virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit, ia mengalirkan darah kotoryang menjadi punca kepada kerosakkan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kerosakkan organ dalaman tertentu.


Ramai orang lebih suka biarkan je, diaorang akan anggap yang resdung ni alahan BIASA je pun.........

Kalau sebut resdung mungkin setengah orang tak ras a takut sangat kan......... rasa macam biasa je........ cuba kalau kita cakap VIRUS KANSER agak-agaknya apa diaorang akan rasa? 



TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI RESDUNG...



PUNCA -PUNCA RESDUNG

Alahan makanan , habuk dan kutuStruktur hidung yang tak normal (bengkok)Menyelam dalam air sungai, kolam yang tercemarKerosakkan @ sakit gigi atas bahagian gusi


KOMPLIKASI ANDAI IA DI BIARKAN:

Mengakibatkan buta (jangkita nanah di sekeliling kawasan mata)Jangkitan otak (meningitis)Sakit tekak kronikTonsil, jangkitan telinga terutama bg kanak-kanakJangkitan tulang mukaSelsema biasa yang melarat



BAGAIMANA VITAMIN C DAN THE GANG (ALFALFA, B COMPLEX) BANTU DALAM MENGAWAL, MENCEGAH ATAU MERAWAT RESDUNG?






VITAMIN C


 Mengandungi anti-oksidan y baik & tinggi dlm meningkatkan antibodi serta daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. 
Kandungan vitamin C yg mampu melindungi sel tubuh daripada pencemaran,mengurangkan gejala alergi,membunuh bakteria & bertindak sebagai antibiotik yg tak berbahaya.
 Mempercepatkan pemulihan tisu tubuh 
Memastikan proses pemulihan metabolisme dlm tubuh berfungsi dgn baik & sempurna



 B COMPLEX


Kandungan vitamin B6 dlm B Complex berperanan penting utk memulihara selaput lendir agar kekal sihat & membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti stress
Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon & penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
Membantu dlm membina protin dlm tubuh.



ALFALFA COMPLEX


Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung
Agen detoksifikasi,sebagai pencuci darah menyingkirkan toksin
Kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan sakit resdung, keradangan disebabkan resdung, eczema, allergy dan selesema



SEDIKIT PERKONGSIAN

 Pengambilan vitamin C secara konsisten mampu merawat atau mengawal pnyakit resdung kronik tanpa membuat rawatan resdung. Dos pengambilan sehari mampu memgawal masalah resdung. Diawal pengambilan disarankan ambil 2 biji sehari pada waktu pagi dan malam......

Alhamdulilah... harap sedikit perkongsian ni dapat sedarkan anda resdung ni bukan alahan biasa... tetapi sekiranya di biarkan boleh menjadi kanser.



Sabtu, 29 November 2014

#KelasOnline - Asma vs Omega Guard by Master Atiey

Kelas Online
Asthma vs Omega Guard
by Master Atiey
9.00 hingga 10 malam







APA SEBENARNYA ASMA/LELAH NI?

- Sukar untuk bernafas
- Saluran pernafasan yang kronik dimana saluran menjadi sensitif
- Saluran pernafasan mengecut  dan membengkak






Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik, dimana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepda alergen (faktor persekitaran, makanan etc). ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan penghidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.



Mengikut sumber-sumber:-
10-20% kanak-kanak diserang asthma, diaorang akan sembuh bila diaorang semakin besar.
Dan ada juga yang kena asthma dari kecik sampai besar dan akan berterusan, jadi hendakla menjaga pemakanan untuk elakkan asthma.


APA PUNCA  ASTHMA/ LELAH?




  • Alahan dihidu seperti kutu habuk ( house dust mlte), debunga, spora kulapuk ( mould spores), epithelials 
  • binatang peliharaan
  • Udara sejuk melampau
  • bulu binatang
  • Merokok dan asap rokok, asap bakaran sampah
  • Selsema atau jangkitan sistem pernafasan
  • Tekanan Emosi
  • Senaman 
  • Salah satu penyakit keturunan



APA YANG MENYEBABKAN SALURAN PERNAFASAN ITU TERSEKAT?



Bila otot mengejang, saluran udara akan jadi sempit sekaligus menghalang pernafasan. Dan udara dalam paru-paru akan berkurangan. Jadi sebab pesakit boleh pengsan. 


Selain itu..... Kahak-kahak atau lendir yang terkumpul pun salah satu penyebab saluran tersekat. Otot yang mengelilingi saluran itu akan menguncup/menyempit dan menyebabkan saluran jadi sempit. Dari situ dada jadi sesak!



**Kalau budak-budak bila diaorang bernafas bunyi lain macam tu cepat-cepat check ye.



CARA-CARA RAWATAN UNTUK KANAK-KANAK ASTHMA....


Jika  serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cepat.


Bertenang, keresahan hanya akan membuatkan anak anda lebih takut, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.



TANDA-TANDA AMARAN AWAL ASTHMA ADALAH SEPERTI;-



Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malamkehilangan nafas anda dengan mudah atau sesak nafasBerasa sangat letih atau lemah apabila berjalanBerdehit atau batu selepas senamanRasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muramPenurunan atau perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter aliran.Tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakkan hidung, sakit tekak dan sakit kepalaMasalah tidur


APA PRODUK SHAKLEE UNTUK ASTHMA/LELAH?


UNTUK KANAK-KANAK

~Omega Guard
~Meal Shakes

UNTUK DEWASA

~Omega Guard
~Vitamin C
~B complex


IANYA BERFUNGSI


1) OMEGA GUARD


Mengurangkan keradangan di salur nafas
Meningkatkan sistem imun tubuh
Membantu menyihatkan paru-paru
Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis,SLE (lupus erythemarosus)

2) B COMPLEX


Membantu pengeluaran antibodi
Membantu membersihkan ruang pernafasan
Bertindak sebagai anti-stress
Memelihara sistem saraf
Membantu pembentukkan protein dalam badan


3) VITAMIN C


Mengawal  pengeluaran histamin ( anti histamin )
Membantu  menguatkan sistem imun
Mempercepatkan penyembuhan tisu badan



4) ALFALFA


Kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan sakit resdung, eczema, allargy dan selsema




APAKAH MATLAMAT MERAWAT ASTHMA?

- Mengelakkan kemasukan ke hospital dan keperluan mengambil gas di kecemasan
- Mengurangkan dan mengelakkan ketidakhadiran ke sekolah
- Mengelakkan tidur yang terganggu
- Memberi peluang budak-budak asma mengambil bahagian sepenuhnya dalam activiti harian termasuk bermain, bersenam dan bersukan.


Doa merawat asma & lelah

Alhamdulillah. .. harap info ini dapat membantu anda dan orang kesayangan anda.





Isnin, 24 November 2014

#ShakleeEffect - Kenali Penyakit EKZEMA Dan Penyembuhannya Dengan Produk Shaklee



“Comelnya baby ni…eh tapi kenapa ada merah-merah kat pipi dia?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.

Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.



Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.

Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzemakerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Jom rawat EKZEMA dengan Produk Shaklee:-

RAWATAN DALAMAN




#Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.

#Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

#Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

#Nutriferon - Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


****************************************


RAWATAN LUARAN


#Herbal Blend - Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
Nota - tidak sesuai bagi eczema berair.

#Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
Nota - tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

#Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


Testimoni Ekzema 




Kredit ; Kesihatan Info



Cadangan Set Bersalin Shaklee (Premium)



Fungsi B Complex Shaklee adalah Anti Stress pada ibu berpantang.
●Si ibu lebih tenang
Membantu tubuh ibu hasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak.
Seluruh tubuh lebih bertenaga dan cergas
Membantu kekalkan kelembapan kulit

2) Vitamin C
Peranan Vitamin C dalam set ini
Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit
Membantu penyembuhan luka jahitan
Bagus untuk kulit yang cantik. Terlibat dalam pembentukan kolagen bawah kulit.
Anti oksidan yang bagus penghalang kanser

3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Fungsi Vitalea dalam set Shaklee
Melengkapkan keperluan vitamin harian tubuh dengan 23 jenis mineral dan vitamin
Membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti supaya badan lebih bertenaga.
Mengelakkan berlakunya anemia

4) Zink
Apa kelebihan Zink untuk ibu berpantang?
Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dari luar dan dalam
Tidak perlu makan pati ikan haruan yang hanyir untuk khasiat yang sama.
Membantu menguatkan memori. Selepas bersalin ramai dari ibu cepat lupa
Mengurangkan keguguran rambut
Membantu pengaktifan enzim dalam badan

5) Shaklee ESP (Energizing Soy Protein)
Kelebihan ESP Shaklee
Membekalkan 20 jenis asid amino untuk pembinaan sel baru dan menyembuhkan luka
Rasa kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga
Membantu mengembalikan kesihatan kulit
Membanyakkan susu ibu
Boleh dibuat masker semulajadi yang berkesan. Boleh digunakan untuk Kuruskan Badan, Menyusukan Anak, Ibu Mengandung, Mengembalikan Kesuburan, Gastrik

Ostematrix dan gigi
6) Membekalkan Kalsium, Magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
Komponen utama susu ibu selepas protein.
Mencegah sembelit dan stress pada ibu.
Membantu mencegah sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan kerana menyusu badan.

7) Shaklee Lecithin
Membantu elakkan bengkak susu. Menguraikan lemak dan kolestrol dalam badan
Baik untuk kesihatan saraf
Meningkatkan memori dan ingatan

8) Alfalfa Shaklee
Peranan Alfafa Complex ialah
Merangsang pengeluaran susu
Berfungsi sebagai DETOX untuk menyingkirkan lemak yang pecahkan oleh Shaklee Lecithin.





Jumaat, 10 Oktober 2014

Atasi Keputihan Dengan Alfalfa Complex Shaklee



Apa Itu Keputihan?


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj 
wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Adakah keputihan sesuatu yang normal ?
#Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
# Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
# Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu.

Apa perlu saya buat jika mengalami keputihan ?
- Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Anda mengalami keputihan? 
Miss V berbau? 
Tak Selesa? 
Gatal-gatal???

jom dapatkan sekarang ALFALFA COMPLEX...!


Alfalfa Complex Shaklee Boleh Bantu Atasi Masalah Keputihan Anda!

Di Shaklee, produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

Testimoni Alfalfa Complex Atasi Masalah Keputihan




Ahad, 20 Julai 2014

Penyusuan Bajet Shaklee



Cadangan Penyusuan Bajet Shaklee: 
ESP dan Alfalfa

Cadangan Set Penyusuan shaklee tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang hot dan paling laris di fb. Alhamdulillah Cadangan Set Penyusuan shaklee telah banyak membantu ibu2 dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Anda di luar sana, jika mempunyai kekangan kewangan, boleh la mencuba Cadangan Set Penyusuan Bajet Shaklee ini.

Set ini mengandungi Soy Isolate Powder 850g (esp) dan Alfalfa Complex. Esp mampu bertahan sehingga 2.5 bulan manakala alfalfa complex sehingga 1 bulan makan. Memang sangat menjimatkan. Berbaloi2 tau. Set ini bukan sahaja membantu dalam penyusuan susu ibu malah lebih dari itu. Jom kita tengok,apakah kelebihan setiap vitamin ini. 

Kelebihan ESP:

~ Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
~ Parut di muka jadi pudar
~ Tenaga berpanjangan pagi ke malam
~ Kurang letih Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
~ Sistem perlindungan badan semakin bagus (menguatkan imun sistem)
~ Mengawal paras kolestrol
~ Menyokong kesihatan jantung dan prostat
~ Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
~ Mengurangkan alergik

Kelebihan Alfalfa:

~ Sistem penghadaman lebih baik
~ Mengawal kolestrol dalam darah
~ Membuang toksik dalam badan
~ Mengurangkan masalah gastrik
~Membantu merawat keputihan
~ Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
~ Mengurangkan asthma
~ Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
~ Meningkatkan kesuburan
~ Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!





Jumaat, 11 Julai 2014

Atasi Gout Dengan Shaklee

Atasi Gout Dengan Shaklee

Apa itu Gout?


Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada purin (sejenis protein). Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dengan berjaya dan ianya terkumpul di dalam sendi.  


Gout berlaku apabila terjadinya keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Biasanya gout terjadi di sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki.



Sejarah Penyakit Gout


Gout mula dikenal pasti lebih 2000 tahun dahulu dan dikatakan penyakit tertua. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


Biasanya pesakit gout adalah kaum lelaki dalam lingkungan usia 30-60 tahun. Majoriti kaum wanita yang menghidap penyakit gout adalah yang telah putus haid.



Punca Gout


Ada beberapa punca kenapa Gout berlaku:

- Cara pemakanan,

- Genetik,

- dan masalah buah pinggang.


Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara Mengatasi Gout


1.    Amalkan diet rendah purin. Kurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purin. 


Contoh: organ dalaman (paru, hati), ikan bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)


2.    Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid uric


3.    Minum banyak air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.


4.    Kawal berat badan kita - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan

menyingkirkan asid urik.


5.    Bersenam


¤ Supplemen Shaklee yang dicadangkan


1.    Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki


2.    DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)


3.    OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


4.    Alfalfa - menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


5.    Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Vivix

Cadangan Set Gout Asas


~ Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.


Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.



Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi.


Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja.


Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.



Ahad, 6 Julai 2014

Cadangan Set Kurus 3B

Dalam set ni ada a few product with a few steps you need to follow, 1st kita kena pecahkan atau bakar sel-sel lemak yang berjuta-juta dalam badan kite. Pendekar2 bakar lemak ialah lecithin dan omega guard.

Lecithin (180 kapsul)
#Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan K
#Menghalang enapan lemak dihati
#Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
#Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
#Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
#Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus.
#Feedback yang diperoleh oleh sahabat2 dan saudara-mara yang menggunakan lecithin ialah mereka tak mampu untuk makan seperti biasa, dari2 pinggan jadi 1 je, rase kenyang dan tak boleh nak makan banyak2, best tak??

Omega Guard (90 kapsul)
#Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
#Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang
#Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama
#Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan
#Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan
#Pengambilan omega juga membuatkan kite lebih kenyang untuk tempoh yang lama, experiment terhadap diri sendiri ialah saya tidak lapar selepas 4 jam makan + omega, kalo tak lepas 3 jam perut saya dah menyanyi macam konsert.

☆☆Based on pengalaman saya sendiri, selepas menggunakan lecithin dan omega, memang omega guard lebih effective untuk menurunkan berat. 
            

☆ Selepas kerja-kerja pembakaran dan pemecahan lemak giat dijalankan, maka perlulah dikeluarkan lemak-lemak tersebut dari badan dengan cara yang tepat dan berkesan.

☆ Untuk tugasan ini Alfafa Complex/ herblax lah yang paling sesuai untuk melaksanakannya. Alfafa / Herblax juga berperanan mencuci hati, darah dan usus (detox-keluarkan toksin dari badan)

Alfafa Complex (330/700 kapsul)
#Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
#Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol, mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
#Melegakan keletihan
#Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity
#Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan. 

Herb-lax (120 kapsul)
#pembersihan najis yang tersekat
#merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
#membantu masalah sembelit
#tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
#mengempiskan perut
#ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman herba.

☆Biasanya mereka yang kehilangan berat dalam tempoh yang cepat, akan hilang kepejalan otot, maka badan akan menggeleber dan lembik. Walaupun berat turun dan ini sangat menggembirakan tetapi postur badan tetap bermasalah.

☆Hal ini berlaku walaupun anda masih mude, bukan orang tue je badan lembik. Maka disinilah peranan yang dimainkan oleh CinchTM Shake dan ESP (Energizing Soya Protein)

Cinch TM Shake 
#Indeks glisemik rendah – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula darah yang normal dan kekalkan tenaga
#Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino
~ Leucine : memelihara otot semasa menurunkan berat badan
~ Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat didalam protein tertentu. Kesan pada mereka yang telah mengambil cinch ialah kehilangan lemak, berat, inci pada masa yang sama masih mengekalkan otot mereka.
#Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
#Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang
#Tinggi serat (6g setiap hidangan)
#Sumber soya bebas GMO
#Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.
#Rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat, datang dengan 3 perisa hebat coklat, cafe latte dan vanila.
#Cinch Shake sesuai untuk semua  golongan lelaki atau wanita sudah berkahwin atau belum, tetapi tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana kandungan cinch boleh mengecilkan saiz pinggang  dan membakar lemak, dikhuatiri menyebabkan berat bayi anda tidak naik. 

ESP (Soy Protein  Isolate Powder)
#Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
#Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar even berpuasa!
#Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.
#Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
#Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla
#1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak
#Tiada asid urik

☆ Semua produk diatas mempunyai peranan  yang penting untuk menurunkan berat anda. Untuk memilih produk mengikut keperluan badan bolehla berbincang dengan saya dahulu. Sebelum tu kite check dulu kenape kite selalu gagal untuk turunkan berat:-
#Kekurangan nutrisi
#Sukar untuk diikuti
#Hasil lambat, sedangkan dah banyak duit keluar
#Merendahkan kadar metabolisme
#Tidak berdisiplin dan tidak sabar
#Nakkan hasil yang cepat tetapi malas bersenam dan gagal mengurangkan pengambilan makanan
#Kurang minum air masak
~ Pengambilan air masak 3 liter adalah wajib untuk menurunkan berat, kerana kebiasaan orang yang selalu lapar, mereka sebenarnya tidaklah lapar tapi badan mereka kurang air.Itu yang asyik nak makan je padahal baru makan 15 minit lepas. Badan kite haus tapi isyarat yang otak kite terime ialah kite lapar.
~ Tapi ramai customer saya yang berat badan cepat turun bila minum  air sehari 5 liter, sangat berkesan berbanding yang lain. Mungkin  anda boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.
~ Tak kesian ke ngan badan kite yang dehidrated tapi disumbat pulak dengan junk food, air kopi pekat, biskut yang manis-manis, jeruk dan macam-macamla. Lagilah sel-sel tubuh kite kurang air. Kurang air menyebabkan  kite nampak lebih tua dari usia sebenar. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...