Tab menu 2

Pages

Rabu, 11 Mac 2015

#KelasOnline -Kebaikan Dan Fungsi Zinc Complex By Master Saa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kelas Online
Kebaikan Dan Fungsi Zinc Complex
by MasterSaa
10 Mac 2015
9.00 malam Hingga 10.00 malam



First, Jom kita ketahui dulu Apa itu ZINC???
Zinc adalah mineral penting yang terdapat pada hampir semua sel. Zinc juga merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti badan sebagai komponen penting enzim. Ia berperanan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan & perkembangan seksual.


Tahukah Anda Zinc Complex sangat elok utk ibu dlm berpantang?
-->> kerana Zinc boleh cepatkan sembuh luka jahit serta bagi luka dalaman cepat kering. Dan lagi satu utk kurangkan keguguran rambut.**Zinc Complex khasiatnya seperti IKAN HARUAN. Sangat sesuai untuk yang bersalin normal atau caeser.


Zinc Complex sangat penting untuk badan kita kerana :-
- Zinc adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat
- Ia membantu sistem imun melawan serta menyerang bakteria & virus.
- Badan perlukan zinc untuk membuat protein & DNA, bahan genetik dalam semua sel.
- Semasa mengandung, bayi & kanak-kanak, zinc diperlukan untuk pembesaran & perkembangan dengan betul.


Soalan :
Pernah dengar tak yang minum pati ikan haruan menyebabkan luka sembuh tak cantik??

Jawapan :
#Sebab pati tu pekat sgt.. instead of sembuhkan luka tp tumbuh isi baru..
##Sy de dgr yg pati ikan haruan x bagus sgt. X bagus macam mana tu x sure. Better beli ikan haruan hidup & masak sendiri

-->> Kesan makan ikan haruan hidup lagi jelas compared pati. Ni based on pengalaman sendiri anak first. So ini bermakna ikan haruan tu tinggi la kandungan zincnya. Ikan haruan mempunyai kandungan zinc yg tinggi berbanding ikan lain. Sebab tu org tua2 suruh makan ikan haruan utk baikkan luka

-- >> Testimoni;
Dulu adik sy kena bedah kat perut..hampir stp hari mama sy masak ikan haruan dan bagi adik minum. Tapi cousin vona sister kat hosp kata lbih baik jgn minum sup haruan tu..sb luka luar cpt sembuh tapi luka dlm x sembuh lgi..nti akan timbul ketul2 kat parut yg menyebabkan parut kita hodoh dan kekal.


Sumber makanan yang mengandungi zinc

  1. Hati
  2. Daging
  3. Ayam/itik
  4. Makanan laut seperti tiram
  5. Kekacang
  6. Bijiran

Kesimpulannya : 
Sape2 yg vegetarian mmg wajib amik zinc complex sbb zinc byk terdpt dlm daging, ayam & mknn laut


Siapa yang perlukan Zinc Complex??
Golongan yang perlukan Zinc:-

  1. Lelaki & wanita : dari peringkat bayi, kanak-kanak & orang dewasa.
  2. Orang yang menjalani pembedahan : untuk menpercepatkan penyembuhan luka luaran & dalaman
  3. Wanita hamil & menyusukan bayi
  4. Untuk kesuburan : zinc melindungi sperma & melawan bakteria dalam vagina.
  5. Vegetarian kerana mereka tidak makan daging yang merupakan satu sumber zinc.
  6. Alchoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zinc yang diserap oleh badan & meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.



Tanda-tanda kekurangan sumber zinc:-

  1. Mata & kulit luka
  2. Hilang selera makan
  3. Pertumbuhan perlahan di kalangan bayi & kanak-kanak
  4. Perkembangan seksual lambat di kalangan remaja & mati pucuk di kalangan lelaki.
  5. Rambut gugur
  6. Cirit birit, kehilangan berat badan
  7. Masalah dengan penyembuhan luka
  8. Ketidakupayaan untuk rasa makanan
  9. Tahap kecerdasan rendah


Kandungan zinc yang diperlukan oleh badan kita:-



-->> Sebiji zinc membekalkan 15mg (100%) keperluan harian & 115mg kalsium (12% keperluan harian)


Kandungan yang terdapat dalam zinc complex?

  1. Calcium 120mg
  2. Zinc 15mg



Kebaikan zinc complex shaklee.
Zinc bagus Untuk Ibu Hamil Untuk Perkembangan FETUS

  1. Meningkatkan sistem imun : Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser & menghalang infeksi penyakit.
  2. Diabetis : Membantu pengeluaran insulin & mengekalkan fungsi insulin.
  3. Kanser prostat : Pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%.
  4. Membentuk kolagen : Zinc membantu pembentukan protein & kolagen untuk pertumbuhan & perkembangan kuku, kulit & organ.
  5. Penyembuhan luka yang cepat : Zinc mempercepatkan pemulihan luka luar & dalam & memperbaiki alergi.
  6. Rabun malam : Pengambilan kira-kira 150-450 mg zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ianya kaya dengan kandungan zinc.
  7. Jerawat : Zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan domain dalam masalah jerawat. Zinc dapat menormalkan jumlah minyak kulit & mengekalkan kulit yang sihat.
  8. Kelesuan kronik
  9. Mengandung : Penting untuk pembiakan & fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  10. Pembiakan : Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis & pembangunan organ2 seks. Sementara wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan termasuk kelahiran & penyusuan.
  11. Ovulasi wanita : Wanita perlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus & membantu mengembalikan daya ketahanannya.
  12. Fungsi biologi : Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau & asa, pertumbuhan fizikal, selera makan & penghadaman.
  13. Rambut gugur/botak : Zinc mengaktifkan 200 jenis enzim & merangsang regenerasi sel. Ia dapat memelihara pertumbuhan & perkembangan sel.
  14. Kemampuan seks lelaki : Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga & meninggikan bilangan sperma.


Untuk penyerapan yang optimum. Zinc ni lemah, tak boleh makan sama2 makanan @ supplemen yg lain.

Kenapa sebelum makan?
- Ini kerana, semasa proses pencernaan normal berlaku, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan & mengikat dirinya dengan bahan lain.

Contoh, kita sarapan pagi dengan roti & susu. Roti bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan zinc. Dan apabila diambil dengan susu, aktiviti akan menjadi semakin aktif dan mengakibatkan bioavailability zinc telah menurun. 


Pengambilan zinc bersama roti & susu boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg.


Senang cerita, zinc akan kalah dengan zat yang lain. Jika kita makan zinc selepas makan, zinc tidak akan diserap, tetapi akan disingkirkan.



Cara pengambilan zinc complex.

  1. 1 biji sebelum makan (sebelum breakfast).
  2. Zinc disarankan diambil ketika perut kosong.
  3. Jangan makan bersama makanan & minuman berkalsium. Ini mengurangkan penyerapan zinc.
  4. Elakkan pengambilan bersama minuman berkafein @ bikarbonat.
  5. Elakkan mengambil bersama suplemen2 yang lain.
  6. Zinc tidak digalakkan dimakan bersama bijirin dan roti. Phytate dari bijirin akan bergabung dengan zinc menjadi bentuk yang sukar untuk diserap.


Sekian, Wasalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...